Write For Us

Polis ambil keterangan Isa Samad

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan Bekas Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad hadir ke Menara 238 (Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial) pada 10.30 pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung isu pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.
Kata Amar Singh, proses mengambil keterangan akan disambung semula selepas solat Jumaat.
Pada 21 Disember lepas, media melaporkan Felda berisiko kehilangan hak ke atas tanah strategik di Jalan Semarak yang dianggarkan bernilai RM200 juta apabila ia dipercayai bertukar hak milik menerusi transaksi yang diragui sejak 2015.
Pindah milik tanah itu dipercayai berlaku apabila Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) melantik sebuah syarikat tempatan sebagai pemaju utama pada 3 Jun 2014 dan diberikan surat kuasa wakil penuh bagi membangunkannya.
Isa menjadi Pengerusi Felda dari 2011 hingga Januari 2017 dan menjadi Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mulai 1 Jan 2011 hingga 19 Jun lalu dan Pengerusi FIC sejak ditubuhkan pada 2 Julai 2013 hingga 2017.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment