Write For Us

Polis punca debat Tun M batal, dedah Nazri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mendakwa, pihak polis mengarahkan beberapa pemimpin Umno di Padang Rengas membuat laporan sehingga menjurus kepada pembatalan debat antara beliau dengan Tun Dr Mahathir Mohamed pada bulan lepas.
Berucap semasa majlis makan malam Alumni Kelab Umno Luar Negara di Kuala Lumpur malam tadi, ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, beliau hairan dengan alasan polis bahawa permit ditolak atas alasan masalah keselamatan.
"Saya minta pihak polis untuk lihat laporan. Mereka tidak tunjukkan kepada saya, tetapi saya dapat (laporan) juga.
"Semua lima laporan adalah sama (format) dan mempunyai kenyataan yang serupa," kata Mohamed Nazri yang juga ahli majlis tertinggi Umno.
Daripada lima laporan itu, Nazri juga mendedahkan beliau mendapati bagaimana seorang ketua cawangan Umno, pemimpin Pemuda Umno dan ketua kampung di kawasannya diarahkan oleh polis untuk membuat laporan terhadap debat yang sepatutnya diadakan di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Kangsar pada pada 25 Mac yang lalu.
"Ketiga-tiga mereka, apabila saya tanya, kenapa buat begitu? Mereka kata, 'arahan polis'.
"Adakah kamu (polis) anggap ini sebagai jenaka? Bagaimana saya, sebagai seorang menteri, jika saya berdebat dengan Mahathir, boleh menjurus kepada pergaduhan?" tanya Mohamed Nazri.
- 5 penggal Tun M jadi Presiden Umno, berapa 'kutip' duit? - Nazri
Terdahulu, Mohamed Nazri Aziz mempersoalkan dari mana Mahathir mendapat dana ketika mengetuai Umno dan Barisan Nasional sekaligus mengekalkan kuasanya selama lima penggal lalu, sejak 22 tahun pemerintahannya.
Mohamed Nazri berkata itulah antara soalan yang mahu diajukannya dalam siri debatnya bersama Mahathir, yang dibatalkan baru-baru ini.
Ini kerana, katanya, beliau pernah menjawat jawatan sebagai bendahari Umno satu ketika dulu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment