Write For Us

Polis rakam keterangan 3 individu isu Himpunan Hari Wanita

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
82 Views
Published
Polis hari ini merakam keterangan daripada tiga individu berhubung Himpunan Hari Wanita yang menjadi kontroversi susulan penyertaan golongan LGBT dalam himpunan itu.
Ketiga-tiga mereka ditemani kira-kira 50 penyokong yang hadir di ibu pejabat polis Dang Wangi pada pukul 2 petang tadi dan diambil keterangan selama lebih kurang dua jam.
Perkembangan terbaru itu menjadikan jumlah individu yang disiasat sebanyak 9 orang termasuk tiga merupakan penganjur.
Peguam Gurdial Singh Nijar yang mewakili salah seorang daripada tiga individu yang memberi keterangan hari ini berkata mereka bukan penganjur.
Percubaan media untuk mewawancara ketiga-tiga mereka tidak berhasil kerana mereka meninggalkan balai polis selepas sesi memberi keterangan selesai.
Nijar yang juga merupakan timbalan presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam), berkata dia membantah siasatan terhadap individu yang terlibat dalam demonstrasi aman.
Jumaat lalu, Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun memberitahu bahawa pihaknya sedang menyiasat penganjur himpunan berkenaan kerana tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan iaitu memberi notis dalam tempih 10 hari sebelum himpunan.
Bagaimanapun, penganjur menegaskan bahawa mereka sudah memaklumkan polis tentang himpunan itu pada 25 Feb, seperti yang digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman.
Nijar mendakwa polis meminta ketiga-tiga mereka pelbagai soalan namun tiada satu berhubung notis berkenaan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment