Write For Us

Polis sahkan Rizalman negatif dadah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
139 Views
Published
Polis mengesahkan keputusan ujian air kencing Ketua Umno Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar adalah negatif.
Walaupun ujian saringan di malam penahanan menunjukkan beliau positif menggunakan dadah, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim hari ini berkata ujian yang dibuat Jabatan Patologi Hospital Kuala Lumpur menunjukkan sebaliknya.
Menerusi satu kenyataan melalui Whatsaap, Mazlan berkata memandangkan kes ini menarik perhatian umum dan melibatkan orang kenamaan, polis telah meminta HKL menyegerakan ujian air kencing Rizalman.
Dan setelah HKL membuat ujian, keputusan yang dikeluarkan adalah negatif.
Beliau juga mengesahkan kes itu telah dirujuk kepada pengarah pendakwaan negeri (PPN) dan PPN mengarahkan agar tiada tindakan lanjut diambil terhadap Rizalman.
Rizalman ditahan bersama-sama sembilan individu dalam serbuan bersama polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sebuah pusat karaoke di Kuala Lumpur pada tengah malam 6 April lalu. Ujian saringan awal air kencing mendapati kesemuanya positif syabu.
Dua hari kemudian, Rizalman dalam sidang media menafikan beliau ada mengambil dadah dan ujian air kencing itu dibuat untuk menjejaskan imejnya serta peluang untuk bertanding di kerusi parlimen Bandar Tun Razak pada PRU ke-14.
Sementara itu, Rizalman bersyukur ujian air kencingnya tiada kesan dadah dan meminta semua pihak menghentikan sebarang bentuk serangan serta fitnah ke atasnya di media sosial.
Menurut Rizalman tumpuanya kini ialah untuk meneruskan ‘Politik Khidmat Bakti’ dan membantu Barisan Nasional di Bandar Tun Razak menghadapi PRU14 akan datang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment