Write For Us

Polis tutup kes BERSIH, kata Maria

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Polis memulangkan beberapa barang rampasan semasa serbuan di pejabat BERSIH tahun lalu atas dakwaan menjalankan kegiatan yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah bersama ahli sekretariat BERSIH Mandeep Singh mengambil kembali barang-barang dari ibu pejabat polis Dang Wangi hari ini.
Mereka menyambut baik penutupan kes itu sebagai justifikasi besar buat pertubuhan itu.
"Genap 1 tahun 4 hari yang lalu (18 November 2016), pejabat BERSIH 2.0 diserbu dan digeledah oleh sepasukan polis dari Bukit Aman. 10 unit komputer riba, 2 unit telefon bimbit dan beberapa dokumen dirampas.
"Saya kemudiannya ditahan di bawah akta zalim Sosma, manakala 14 yang lain telah ditahan di bawah akta yang berbeza.
"Hari ini, pihak polis telah membuat keputusan untuk mengembalikan semua barang yang telah dirampas kepada BERSIH ... Pihak polis Bukit Aman telah memaklumkan bahawa segala siasatan terhadap BERSIH 2.0 dan saya telah ditutup.
"Justeru terbukti bahawa penahanan saya di bawah SOSMA adalah langsung tidak mempunyai asas, bahkan hanyalah tindakan untuk menakut-nakutkan saya, keluarga dan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, demokrasi dan keadilan," kata Maria dalam kenyataan semalam.
Maria berkata beliau diberitahu pemulangan barang itu berdasarkan arahan Pejabat Peguam Negara.
Tangkapan terhadap aktivis tahun lalu berlaku menjelang perhimpunan BERSIH 5.
Maria berkata keputusan untuk menutup kes itu membuktikan dakwaan terhadap BERSIH dan NGO yang menyokongnya itu adalah direka.
Beliau menjelaskan kumpulan reformasi pilihan raya itu komited pada kerjanya dan tidak akan tunduk pada tekanan.
Beliau turut menggesa orang ramai untuk mendaftar dengan Pemantau, sebuah program di bawah BERSIH untuk menjadi pemerhati dalam pilihan raya umum ke 14 akan datang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment