Write For Us

Populariti Najib lebih teruk dari Trump, lapor Time

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
130 Views
Published
Di mata media Amerika Syarikat, presiden mereka Donald Trump bukanlah seorang pemimpin yang popular di kalangan rakyat.
Kadar penerimanya dilaporkan cuma 40 peratus berbanding pemimpin-pemimpin lain dunia.
Bagaimanapun, bagi majalah berita Time yang berpangkalan di New York, ada lebih ramai lagi pemimpin yang rating mereka lebih teruk berbanding Trump.
Time menamakan salah seorangnya sebagai Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak.
Kata laporan itu, secara politiknya, Najib tidak perlu begitu bimbang kerana Umno - parti politik yang mendominasi Malaysia lebih dari enam dekad - kukuh berada dalam genggamannya.
Time turut mengaitkan Najib dengan syarikat pelaburan negara cetusan ilhamnya, 1MDB, dan kemasukan wang berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya yang dikatakan daripada kerabat diraja Saudi.
Menurut laporan itu lagi, tidak mengejutkan jika ratingnya sebegitu rendah.
Time turut menamakan pemimpin lain dalam senarai itu, termasuk Presiden Venezuela Nicolas Maduro, Presiden Brazil Michel Temer, Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma dan Perdana Menteri Greece Alexis Tsipras.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment