Write For Us

'Populariti Najib atasi Nik Aziz', Hadi hanya tersenyum

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
52 Views
Published
Presiden PAS Abdul Hadi Awang hanya membalas dengan senyuman apabila diminta mengulas kenyataan Nik Abduh Nik Abdul Aziz bahawa Najib Razak lebih popular berbanding bekas mursyidul am PAS yang juga bapanya, Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini, berkenaan video ucapan Nik Abduh yang dimuat naik di Facebook Najib semalam.
"Mana dia pergi, kalah ayah saya... orang dok berebut dok cari dia nak selfie. (Ini) kepelikan yang Allah Taala buat," kata Nik Abduh dalam majlis Ceramah Perpaduan Ummah anjuran Umno dan PAS Ayer Hitam.
Nik Abduh juga berkata beliau tidak menyangka bekas perdana menteri itu mampu "bangkit" semula tidak sampai setahun selepas kalah dalam PRU ke-14.
"Eh, mahal jadi bosku daripada jadi PM (perdana menteri)," katanya.
Sementara itu, Abdul Hadi juga enggan mengulas berkenaan keputusan BN melantik Najib sebagai pengerusi lembaga penasihat BN.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment