Write For Us

"Populariti Najib kini jatuh sehingga 20%," kata Nurul Izzah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar diminta mengulas mengenai cadangan Dr Mahathir yang menasihati pembangkang yang tidak bergaduh sesama parti komponen sekiranya mahu menang dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
"Ia sudah disebut dalam komentar presiden (PKR). Kita akan adakan perbincangan dan alhamdulillah pertemuan baik dengan semua parti dan kita mahukan pembangkang dapat bersatu dalam menentang BN.
"Saya optimis sebab populariti Najib kini jatuh sehingga 20 peratus,” katanya.
Semalam Dr Mahathir 'memuji' kaedah BN dalam mengekalkan kekuatan gabungannya dalam mendepani PRU.
Kata Dr Mahathir, BN mempunyai 13 buah parti komponen yang mewakili pelbagai kaum dan agama, namun tidak ada perpecahan dan segala perbezaan diketepikan.
Perdana menteri keempat itu berkata keadaan itu berbeza dengan pembangkang yang tidak pernah bersatu dengan serius sebaliknya lebih suka menonjolkan parti masing-masing.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment