Write For Us

Penduduk termakan hasutan Nurul Izzah kini menyesal, kata Najib

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
172 Views
Published
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membidas Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang sebelum ini cuba menggagalkan pembangunan semula flat empat tingkat di Kampung Kerinci, Kuala Lumpur dengan menyifatkan ia demi kepentingan politik semata-mata.
Najib berkata, kejayaan projek berkenaan yang kini diberi nama Residensi Kerinchi hari ini membuktikan kesungguhan kerajaan membela nasib rakyat.
Najib berkata demikian dalam ucapannya sebelum merasmikan Residensi Kerinchi hari ini.
Mengulas lanjut Najib mengingatkan rakyat di negara ini tidak termakan dengan hasutan pembangkang dan seharusnya bijak menilai mana yang baik serta buruk.
Pada April 2012, penghuni flat 4 tingkat Kampung Kerinchi diarahkan untuk berpindah atas alasan pembangunan namun 34 daripada mereka tidak berpuas hati dengan cadangan kerajaan itu.
Penduduk di situ antara lain berkata rumah berkenaan telah dibeli sejak 40 tahun lalu. Notis pengosongan itu adalah untuk membolehkan kawasan tersebut dibangunkan semula oleh pemaju Suez Domain Sdn Bhd.
Bagaimanapun ketika rundingan antara penduduk dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang mahu merobohkan kediaman mereka berlangsung, aktivis pelajar, Adam Adli telah ditumbuk.
Adam berkata, sebelum ditumbuk, beliau dan beberapa aktivis pelajar naik ke tingkat tiga flat apabila mendapati ada keluarga yang menangis dan merayu agar PBT tidak menghalau mereka.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment