Write For Us

Porsche Panamera: Annuar enggan ulas sindiran TMJ

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
156 Views
Published
Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang juga ketua penerangan Umno enggan mengulas mengenai sindiran Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bahawa beliau menggunakan dana yang diberi Tun Dr Mahathir Mohamad satu ketika dahulu untuk menawan kembali Kelantan, dengan membeli sebuah kereta mewah.
TMJ mendakwa dana dari bekas perdana menteri itu diberikan kepada Annuar bagi tujuan kebajikan rakyat Kelantan, bukannya membeli kereta jenis Porsche Panamera.
Semalam, dalam Facebook Johor Southern Tigers, TMJ mengingatkan Annuar agar jangan cuba menjolok sarang tebuan kerana kelak buruk padahnya.
Ini kerana, katanya, terdapat satu kenyataan yang dibuat oleh Annuar yang menggesa agar bola sepak tidak sepatutnya diuruskan melalui proksi , dan menyatakan belau perlu menjelaskan pendirian sama ada menerima tugasan selaku Presiden FAM atau tidak.
Dua minggu lalu, Tunku Ismail membidas Annuar dengan menyatakan beliau tidak akan menerima nasihat daripada pemimpin yang gagal berhubung cadangan agar Persatuan Bola Sepak Malaysia )FAM) ditadbir secara proksi.
Kata TMJ, perkara terbaik adalah membiarkan ahli-ahli gabungan membuat keputusan mengenai apa yang terbaik untuk bola sepak Malaysia dan juga kepada penyokong.
TMJ juga menasihatkan Annuar agar menyelesaikan dahulu hutang puitang sebanyak RM6.7 juta yang ditanggung KAFA.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment