Write For Us

PRK CHINI : SEBAK... Saya Bukan Insan Yang Sempurna, Hanya Anak Peneroka - Sharim Md Zain

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Sharim Md Zain, 41, berkata beliau akan mengutamakan kepentingan masyarakat Felda dan orang Asli di Chini.

Dalam nada sebak, Mohd Sharim berkata beliau bermatlamat untuk meneruskan legasi yang ditinggalkan mentornya, Allahyarham Datuk Seri Abu Bakar Harun.

"Saya tidak sangka diri saya akan diletakkan sebagai calon. Apabila saya diberi amanah dan kepercayaan pastinya saya mengambil tanggungjawab ini dengan terbaik sebagai anak peneroka generasi kedua yang menjadi wakil untuk masyarakat bagi orang Felda, kampung tradisi dan masyarakat orang asli," katanya kepada media selepas selesai proses penamaan calon di Dewan Utama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan, hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

#malaysiagazette #mgtv
Category
Berita - News
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment