Ibu pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi yang meninggal didakwa didera, Felda Bt Ahmad hari ini tampil meluahkan perasaannya ketika mendapat perintah supaya kubur anak kesayangannya itu digali semula.
"Tapi awak bayangkanlah orang yang dikuburkan hampir sebulan nak gali balik apa perasaan.
"Yang nak gali balik bukan anak kucing, anak kita kan. Aib dia macam mana," luahnya.
Felda berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Kuala Lumpur sebentar tadi.
Felda turut mendesak pihak berwajib mengemukakan hasil laporan bedah siasat Thaqif yang sudah lebih sebulan tiada berita.
Pada pagi 18 Mei lalu kubur adik Mohamad Thaqif diarahkan digali semula oleh pihak mahkamah selepas pakar patologi tidak berpuas hati dengan bukti yang sedia ada.
Memetik laporan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam pada 19 Mei keputusan hasil bedah siasat kedua ke atas mayat khususnya sampel kaki Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi dijangka diketahui dalam tempoh dua minggu.
Beliau berkata bedah siasat pertama ke atas pelajar tahfiz yang meninggal dunia 26 April lepas itu telah dilakukan namun punca kematian masih belum diketahui.
Sementara itu, Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Hishamuddin Hashim berkata pihak berwajib perlu mendedahkan keputusan hasil bedah siasat Mohammad Thaqif bagi mengelak berlakunya penyelewengan laporan-laporan tersebut.
Terdahulu, Mohamad Thaqif telah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru selepas dilapor mengalami kecederaan pada bahagian kakinya dipercayai akibat dipukul dengan getah paip oleh pembantu warden di madrasahnya.
Kecederaan tersebut telah menyebabkan kedua-dua kakinya dijangkiti kuman dan terpaksa dipotong.
Doktor turut memutuskan untuk memotong tangan kanannya yang turut dijangkiti kuman namun ditangguhkan kerana jantungnya yang tidak stabil sebelum kanak-kanak malang itu meninggal dunia.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment