Write For Us

PRK Kemaman: ’Tiada seorang dari Umno berani jadi calon’ - Dakwa Annuar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
8 Views
Published
Umno dilihat seolah-olah mempersenda pengundi apabila tidak mencalonkan akar umbi dari parti mereka, kata Timbalan Pengarah Pilihanraya PAS, Annuar Musa.

Tambah Annuar lagi, Barisan Nasional mempunyai ramai ahli yang berpengalaman namun tiada individu yang berani untuk tampil menjadi calon bagi Pilihan Raya Kecil Kemaman.

BN mencalonkan Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor pada PRK yang dijadualkan pada 2 Disember ini.

PRK Kemaman diadakan setelah penyandangnya Che Alias Hamid tergugur sebagai ahli parlimen setelah Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu memutuskan bahawa terdapat unsur sogokan ketika kempen Pilihan Raya Utama ke-15.

Sumber video:
https://www.facebook.com/share/v/9tJmEef5bSUgq1Pi/?mibextid=aI5dXw
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment