Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Tan Sri Annuar Musa menjelaskan keputusannya untuk bertanding jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana bimbang tiada calon lain berbuat demikian.
Menurutnya, selepas mendapat tahu tiada individu lain yang menerima pencalonan, beliau mengambil keputusan untuk menghantar borang bagi merebut jawatan itu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini.
Annuar yang juga ketua penerangan Umno menjadi satu-satunya individu yang menerima pencalonan tersebut setakat hari ini.
Terdahulu, turut dicalonkan bagi jawatan itu Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Aseh Che Mat.
Sementara itu ketika ditanya 'kalau' Tunku Ismail akan turut bertanding, Annuar bagaimanapun enggan mengulas dan menegaskan beliau tidak buat kerja berdasarkan 'kalau'.
Tambah ketua penerangan Umno itu, keputusannya untuk bertanding itu dibuat atas kapasiti sebagai peminat dan penyokong bola sepak.
Annuar juga enggan mengulas ketika ditanya kemungkinan Khairy Jamaluddin akan menarik diri daripada pencalonan tersebut.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment