Write For Us

Rafizi bimbang Annuar seronok tumpu jawatan Presiden FAM, lupa masalah pelajar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
92 Views
Published
Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli mengingatkan kepada Tan Sri Annuar Musa supaya tidak terlalu ghairah menumpukan soal pertandingan jawatan Presiden FAM, sebaliknya menumpukan terhadap masalah kewangan siswazah di UniKL.
Kata Rafizi, walaupun digantung perkhidmatan sebagai Pengerusi MARA, beliau masih lagi bertanggungjawab menyelesaikan segala kemelut kewangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar sebagai Pro-Canselor II UniKL.
Kata Rafizi, antara masalah yang dihadapi para pelajar UniKL adalah kelewatan pembiayaan siswazah UniKL dan kenaikan 25 peratus sewa bulanan beberapa kampusnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment