Write For Us

Khairy: Tak adil halang Annuar bertanding Presiden FAM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
113 Views
Published
Tidak adil untuk menghalang Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa yang digantung tugas untuk bertanding jawatan presiden FAM, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Khairy berkata, kongres FAM akan berlangsung pada Mac depan dan berharap siasatan terhadap Annuar selesai pada masa itu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini.
Annuar digantung sebagai pengerusi MARA awal minggu ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan membabitkan penajaan pasukan bola sepak Kelantan melalui Pelaburan Mara Berhad dan Universiti Kuala Lumpur.
Annuar dan Khairy antara empat tokoh yang dicalonkan untuk jawatan presiden FAM.
Selain itu, pencalonan turut melibatkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Aseh Che Mat.
Pemilihan akan diadakan pada Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac ini.
Dalam perkembangan yang sama, Khairy berkata, beliau akan bertemu dengan pihak yang mencalonkannya sebelum memutuskan sama ada menerima atau tidak pencalonan tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment