Write For Us

PRK Kimanis: Shafie pertahan Mohammadin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, menjelaskan tiada salahnya mengumumkan peruntukan yang sudah diluluskan kerajaan untuk disalurkan kepada pihak berkaitan ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis.
Beliau berkata, jika peruntukan itu sudah sedia ada dan dikenal pasti tempat untuk disalurkan, ia bukan satu penyalahgunaan kuasa kerajaan.
Mohd Shafie berkata kepada pemberita selepas Majlis Bersama Komuniti Nelayan di Kampung Brunei, Kimanis.
Beliau mengulas tindakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohammadin Ketapi, mengumumkan peruntukan RM50,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bongawan II di Kimanis, ketika Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2020 yang diadakan di padang sekolah.
Pengumuman itu dikritik pembangkang kerana dianggap sebagai menyalahi peraturan pilihan raya berikutan dilakukan di kawasan Kimanis ketika kempen PRK.
------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment