Write For Us

PRK Semenyih: BN tidak akan letak calon 'tamat tempoh '

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
92 Views
Published
Pemangku Presiden Umno, Mohamad Hasan berkata Calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) akan datang bukan sahaja mesti dipersetujui semua parti komponen, malah dapat diterima baik oleh rakyat.
Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Kuala Lumpur hari ini.
Jelas Mohamad lagi, BN akan memilih calon yang boleh dijual sambil menyamakan proses pemilihan calon dengan strategi pemasaran.
PRK DUN Semenyih diadakan pada 2 Mac ini susulan kematian penyandangnya dari Parti Pribumi Bersatu (Bersatu), Mohd Bakhtiar Mohd Nor bulan lalu.
Tidak seperti Cameron Highlands yang merupakan kerusi luar bandar dan kubu BN, Umno tewas di DUN Semenyih yang merupakan sebuah kawasan bandar di Selangor pada pilihan raya umum lalu.
Mohamad berkata adalah penting bagi BN meletakkan calon yang tepat bagi mendapatkan semula kerusi tersebut.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment