Write For Us

Proton terlepas ke tangan 'orang asing', ini komen Azmin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
153 Views
Published
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyokong kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Proton kini terlepas ke tangan orang asing.
Azmin berkata ini kerana kegagalan Putrajaya untuk memberikan dokongan kepada industri automatif negara sehingga menyebabkan orang asing menguasai Proton.
Jelasnya, ini merupakan bukti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal menguruskan satu industri berteknologi tinggi di negara ini.
"Seperti yang disebut Tun Dr Mahathir, ini satu perkara yang amat menyedihkan sebagai sebuah kereta nasional sekarang ini terlepas ke tangan orang asing kerana kegagalan Putrajaya untuk memberikan dokongan kepada industri automatif negara dan ini menyebabkan orang asing sekarang menguasai Proton.
"Ini satu bukti bahawa Perdana Menteri gagal dalam menguruskan satu industri berteknologi tinggi yang sepatutnya menjadi tumpuan untuk menjana satu pertumbuhan ekonomi yang sustainable bagi masa akan datang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu majlis hari ini.
Sebelum ini, Mahathir membidas perjanjian itu, dengan mendakwa bahawa kepentingan negara sedang dijual kepada orang asing.
Perjanjian dengan DRB-Hicom akan menyaksikan Geely memperoleh kepentingan 51 peratus dalam Lotus.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment