Write For Us

Prototaip 'kereta masa depan' sudah siap - PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
78 Views
Published
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengesahkan prototaip bagi model pertama kereta nasional ketiga yang dibangunkan telah siap.
Beliau berkata, prototaip itu tidak akan dipamerkan kepada umum sehingga ada pelabur yang berminat membangunkannya.
Sebagai kereta masa depan kata Mahathir, kenderaan nasional ketiga itu bakal dilengkapi dengan teknologi moden yang sensitif kepada alam sekitar.
"Kita sudah mempunyai kapasiti tetapi kita memerlukan pelabur. Kerajaan tidak akan melabur. Kita meminta sektor swasta untuk masuk melabur kepada projek kereta yang bukan saja untuk Malaysia tapi negara-negara lain."
"Kami telah siap prototaip (kereta nasional)," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Dasar Automotif Nasional (NAP) 2020 di Kuala Lumpur, hari ini.
Hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking dan timbalannya, Dr Ong Kian Ming.
Mahathir mengesahkan aspirasi membina projek kereta nasional ketiga dalam lawatannya ke Jepun pada Jun 20018, selepas Pakatan Harapan memenangi pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment