Pilihan raya umum (PRU) ke 14 akan datang tidak ada beza dengan pilihan raya sebelum-sebelum ini.
Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam ucapannya di Konvensyen Mahasiswa Malaysia hari ini berkata ini kerana sistem yang diguna pakai masih sama dan tidak adil kepada parti-parti bertangding khususnya kepada pembangkang.
"Negara akan berdepan dengan pilihan raya umum ke 14 pada bila-bila masa tetapi pilihan raya kali ini tidak ada bezanya dengan pilihan raya sebelum-sebelum ini, kerana sistemnya masih dikongkong oleh pihak berkuasa dan wujudnya unsur-unsur yang tidak adil kepada parti-parti yang bertanding khususnya pembangkang.
"Akan tetapi PAS istiqomah menyertainya dalam masa yang sama berusaha untuk melakukan islah ke arah pilihan raya yang bersih dan saksama.
"Justeru PAS tidak bersama-sama dengan pihak yang mahu memboikot pilihan raya," katanya di Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Serdang Jaya, hari ini.
Muhammad Khalil berkata demikian dalam ucapannya yang bertajuk "Masa depan Malaysia mengikut acuan politik PAS.
Lebih 1,000 mahasiswa dan mahasiswi hadir pada konvensyen tersebut.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment