Write For Us

Pusat operasi Foodbank Malaysia beroperasi awal Februari ini

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Pusat pengumpulan dan pengedaran makanan, Foodbank Malaysia di Bukit Angkat, Kajang, dijangka mula beroperasi awal bulan depan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata pusat yang hampir siap dibina itu, lebih sistematik bertujuan memudahkan usaha menyalurkan bantuan.
Beliau berkata, pada masa ini aset Foodbank Malaysia semakin bertambah seperti trak makanan yang digunakan untuk menghantar bantuan dan memerlukan sebuah pusat bagi meletak kenderaan terbabit.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Antara Yayasan Food Bank Malaysia dan Nestle (Berhad) di Putrajaya pada Selasa 14 Januari.
Katanya, pada tahun ini program Food Bank Siswa akan diperluas kepada 123 kampus institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment