Write For Us

Pusat Operasi Pertahanan Siber ATM akan beroperasi September ini

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
162 Views
Published
Pusat Operasi Pertahanan Siber (CDOC) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan beroperasi sepenuhnya September ini bagi memantau secara rapi sebarang aktiviti berbentuk ancaman siber yang berpotensi mengancam rangkaian pertahanan negara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, CDOC ATM yang kini dalam peringkat percubaan merupakan cetusan idea beliau dan barisan kepemimpinan tertinggi kementerian tersebut sejak empat tahun lalu di bawah Teras Keselamatan.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Siber Kementerian Pertahanan dan ATM di Auditorium Wisma Pertahanan, di sini hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment