Write For Us

Rafizi ingatkan pimpinan parti jangan terlalu bodek Anwar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
22 Views
Published
Kepimpinan baru dan ahli PKR diingatkan agar tidak terlalu membodek atau mempertahankan presidennya Anwar Ibrahim dalam setiap perkara, kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

Merujuk kepada persepsi Anwar sebagai liabiliti kepada parti, Rafizi berkata ia merupakan rumusan daripada tinjauan yang dilakukan firma analitik miliknya dan orang awam berhak mempunyai pandangan masing-masing.

Rafizi berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail semalam bahawa ketika ini ada ahli parti yang secara terbuka menggelar Anwar sebagai liabiliti kepada parti.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment