Write For Us

Rafizi: Kerajaan HARAPAN tak perlu jabatan propaganda

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Pakatan Harapan tidak memerlukan sebarang jabatan propaganda kerajaan sekiranya mereka berjaya mengambil alih Putrajaya, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.
Beliau mengulas kenyataan bekas Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Lokman Noor Adam yang berkata, sekiranya pakatan pembangkang berjaya menawan Putrajaya, sekaligus mentadbir negara, sudah pasti JASA akan membela mereka.
Beliau berkata demikian dalam sidang media yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.
Rafizi berkata tidak ada keperluan untuk jabatan propaganda menghebahkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat yang tidak boleh dibuat oleh jabatan kerajaan.
Lokman yang kini berkhidmat sebagai pengarah komunikasi strategik di Kementerian Kewangan selepas tujuh tahun di JASA, Selasa lalu menulas kenyataan Rafizi yang mencadangkan penutupan JASA yang menelan perbelanjaan RM22 juta setahun.
Rafizi berkata dengan membubarkan JASA, kakitangan kerajaan itu boleh ditugaskan semula ke jabatan lain yang mampu memberi manfaat kepada rakyat seperti pendidikan, kebajikan dan kesihatan.
Beliau berkata kerajaan HARAPAN akan menamatkan semua lantikan politik berpangkat tinggi di JASA, yang kini diterajui oleh Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Puad Zarkashi.
Rafizi yang juga adalah ahli parlimen Pandan turut menggesa Puad untuk mendedahkan nama-nama 127 kakitangan lantikan kontrak JASA untuk menunjukkan sejauh mana pelantikan politik di jabatan itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment