Write For Us

Rafizi lebih suka graduan 'fresh' kerana boleh diajar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
118 Views
Published
Ahli Parlimen PKR-Pandan, Rafizi Ramli berkata sebagai majikan, beliau melihat seseorang calon graduan itu dari segi keyakinan dan cepat belajar untuk diterima bekerja di organisasinya.
Rafizi juga tidak bersetuju dengan dakwaan senario di mana majikan hanya memilih seseorang calon yang mempunyai lebih dua tahun pengalaman untuk bekerja di sesuatu syarikat.
Beliau berkata demikian dalam program bual bicara anjuran INVOKE Malaysia malam tadi.
Terdahulu, ADUN PKR-Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Malaysia memiliki kadar gaji purata yang rendah bagi graduan yang baru bekerja berbanding dengan negara-negara lain.
Nik Nazmi juga meletakkan anggaran RM3,000 hingga RM4,000 sebagai purata gaji untuk graduan memulakan pekerjaan baharu mereka.
Sementara itu, ADUN PKR-Sikamat, Aminuddin Harun berkata tidak ada peluang pekerjaan bagi graduan untuk bekerja di negara ini.
Aminuddin berkata ada juga di kalangan graduan tidak memilih pekerjaan dengan bekerja di rangkaian runcit dan rangkaian makanan segera, namun mereka harus diberi gaji asas yang lebih baik.
Terdahulu, Bernama melaporkan permintaan gaji yang tidak realistik seperti meminta dibayar gaji sebanyak RM6,500 apabila memohon pekerjaan pertama ialah sebab utama graduan baharu tidak diambil bekerja.
Ketua Komunikasi Wilayah jobsDB.com, Simon Si berkata, dalam kaji selidik yang dilakukan bulan lalu, majikan ditanya mengapa sukar bagi graduan baharu diambil bekerja dan 68 peratus daripada responden menyatakan bahawa mereka meminta gaji yang tidak realistik.
Jelasnya, kira-kira 30 peratus daripada graduan baharu meminta gaji sehingga RM6,500 sebulan untuk hidup selesa.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment