Write For Us

Rafizi mahu 'orang kuat' NOW lawan Shahrir Samad di JB

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Akmal Nasir, pembantu kepada anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, merancang untuk bertanding di kerusi parlimen Johor Bahru yang disandang Datuk Shahrir Samad pada pilihan raya umum akan datang.
Rafizi berkata demikian kepada Malaysiakini dalam satu wawancara eksklusif di pusat khidmat Pandan hari ini.
Bagaimanapun, Shahrir yang merupakan seorang veteran Umno mengumumkan pada Mac lalu bahawa beliau sedang mempertimbangkan untuk bersara daripada politik pada pilihan raya akan datang.
Menurut Rafizi, masa depan Akmal yang merupakan Pengarah Eksekutif Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat (NOW) adalah cerah memandangkan beliau masih muda dan berpotensi.
Rafizi menambah beliau tidak 'menggilap' Akmal untuk mengambil alih kerusinya di Pandan kerana tiada sesiapa harus mendapat tempat 'secara percuma', terutama apabila seseorang itu menjadi pemimpin politik.
Rafizi menghadapi tuduhan di bawah Seksyen 8 (1) (c) (iii) dan 8 (1) (c) (iv) Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana memiliki laporan audit 1MDB tanpa kebenaran; dan satu lagi tuduhan kerana mendedahkan dokumen itu.
Beliau berdepan hukuman penjara maksimum tujuh tahun bagi kedua-dua pertuduhan.
Seseorang anggota parlimen yang didenda lebih RM2,000 atau dihukum penjara lebih setahun akan kehilangan kerusi mereka di Dewan Rakyat dan dihalang daripada bertanding bagi kerusi itu selama lima tahun.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment