Write For Us

Rafizi patut minta tolong Azmin, tak perlu susahkan rakyat

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merupakan individu paling layak dalam membantu naib presidennya, Rafizi Ramli membayar ganti rugi dan kos berkaitan dengan saman fitnah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).
Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno Malaysia, Datuk Zulkarnain Mahdar berkata seperti yang diketahui umum Azmin baru-baru ini mengumumkan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak dua bulan gaji kepada penjawat awam Selangor.
Melalui bonus dua setengah bulan itu juga menjadikan penerima terbesar apabila menerima bonus sebanyak RM73,125 daripada gajinya sebanyak RM29,250.
Oleh itu, kata Zulkarnain tidak perlulah Rafizi menyusahkan rakyat bagi memenuhi kehendaknya itu.
Zulkarnain berkata demikian mengulas kenyataan Rafizi Ramli yang memohon sumbangan orang ramai bagi mengelakkan dirinya daripada diisytihar muflis berikutan kemungkinan tidak mampu membayar ganti rugi dan kos berkaitan dengan saman fitnah National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment