Write For Us

Rais cadang kembalikan gandingan Dr M-Anwar dalam k'jaan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Tan Sri Rais Yatim mencadangkan agar Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali bergandingan dalam mentadbir negara.
Memetik di Twitternya, Rais berkata ia ibarat menyambung semula 'ramuan' pada tahun 1997.
Untuk itu, beliau mencadangkan agar Anwar menggantikan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.
PRK Port Dickson bakal diadakan tak lama lagi bagi memberi laluan kepada Anwar - yang juga bakal menjadi presiden PKR - kembali ke Parlimen.
Namun Anwar sebelum ini berulang kali menegaskan beliau tidak akan menuntut sebarang jawatan dalam kerajaan, sebaliknya mahu kekal sebagai anggota parlimen biasa.
Menurut persetujuan sebelum PRU ke-14, Anwar akan menggantikan Mahathir sebagai perdana menteri dalam penggal pertama pentadbiran, tetapi tiada tempoh masa muktamad yang ditetapkan.
Rais yang kini merupakan ahli BERSATU berkata PKR mungkin tidak setuju dengan cadangannya itu sambil memberi pepatah 'serai serumpun sirih setepak'.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment