Write For Us

Rakyat meluat kenyataan berulang isu tempoh jawatan PM

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
93 Views
Published
Kenyataan berulang kali berkaitan isu tempoh jawatan Perdana Menteri hanya akan membuatkan rakyat berasa 'meluat', demikian kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata, fokus sekarang sepatutnya bertumpu kepada usaha kerajaan dalam menunaikan kewajipan dan berikan ruang secukupnya bagi kerajaan menjalankan kerja-kerja untuk rakyat.
Setiap keputusan yang dicapai secara persepakatan oleh kepimpinan semua parti komponen dalam Pakatan Harapan (PH) sebelum pilihan raya umum yang lepas adalah sudah memadai untuk menguruskan perkara itu (tempoh jawatan Perdana Menteri).
"Tak guna cakap perkara yang dah setuju dalam formula sebelum pilihan raya umum dulu, kalau isu ini diulang tak sesuai kesannya pada rakyat.
"Beri ruang kepada kerajaan dan Perdana Menteri, sesuai dengan mandat dan sokongan majoriti kepada PH untuk selesaikan tugas sebagai kerajaan, kerja kita sangat banyak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Malaysian NPK Fertilizer Sdn Bhd (MNFSB) pada Ahad.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan beberapa pemimpin parti mengenai peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada penggantinya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment