Write For Us

'Rakyat perlu fokus peralihan generasi selepas Dr M, Anwar'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
94 Views
Published
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata Malaysia perlu fokus terhadap peralihan generasi dalam politik selepas era kepemimpin Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan penggantinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata negara mempunyai ramai pemimpin muda berbakat dan kemunculan generasi baharu ahli politik akan memberi isyarat kepada perubahan politik di Malaysia.
Beliau berkata demikian pada forum 'Majlis Sepetang bersama Profesor K.S. Jomo dan Khairy Jamaluddin: Hala Tuju Malaysia’ anjuran Persatuan Oxford dan Cambridge Malaysia diibunegara malam tadi.
Ahli Parliamen Rembau itu berkata peralihan generasi akan menjadi lebih jelas selepas Anwar menjadi perdana menteri.
Khairy menegaskan bahawa untuk empat tahun akan datang, kedua-dua Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) harus mengetepikan politik remeh dan bekerjasama ke arah melaksanakan perubahan institusi dalam negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment