Write For Us

Rakyat Sg Lembing kini sudah sedar - Fauzi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Calon DUN Sungai Lembing, Datuk Fauzi Abdul Rahman tidak menafikan bahawa label ahli politik veteran memudahkan kempen beliau kerana sudah dikenali pengundi di kawasan itu.
Beliau menjadi wajah yang sudah dikenali dan bertapak di dalam dunia politik sama ada peringkat nasional atau negeri.
Fauzi sebelum ini penyandang kerusi Parlimen Indera Mahkota.
Sepanjang kempen bertemu pengundi, majoritinya meluahkan ketidakpuasan hati terhadap kos sara hidup yang meningkat berkali ganda kerana Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Bagi Pilihan Raya Umum kali ini, Fauzi menentang penyandang, Datuk Md Sohaimi Mohamed Shah dari BN dan calon PAS, Mohamad Hazmi Dibok.
Fauzi ditemui ketika berkempen di FELDA Bukit Kuantan hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment