Write For Us

Clare kini yakin Dr M 'sudah berubah'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
94 Views
Published
Masih terdapat golongan yang masih ragu-ragu dengan hasrat dan komitmen Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melakukan pembaharuan berdasarkan rekodnya.
Walau bagaimanapun, Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yakin bahawa tokoh politik berusia 92 tahun itu kini seorang lelaki yang telah berubah.
Beliau mengakui bahawa pada masa dahulu, Mahathir seringkali melakukan perkara-perkara mengikut "cara saya" berbanding "cara kami" yang diamalkannya berdasarkan konsensus di kalangan parti Pakatan Harapan.
Sebagai contoh, kata Rewcastle-Brown, bahawa keputusan Mahathir untuk tidak memegang portfolio pendidikan adalah satu petanda yang baik.
Ditanya apakah dia yakin Mahathir telah meninggalkan cara lamanya, Rewcastle-Brown yang berpangkalan di London menjawab drinya tidak lagi ragu-ragu.
Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai perdana menteri, Mahathir dituduh mengongkong media.
Apabila beliau memutuskan untuk berkempen melawan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Mahathir terpaksa berpaling kepada media asing untuk meluahkan pendapatnya selepas media tempatan, yang kini memberinya liputan meluas selepas pilihan raya umum 9 Mei, tidak memberikan sebarang ruang kepadanya.
Manifesto HARAPAN, antara lain adalah untuk meliberalisasikan media jika gabungan itu memenangi kuasa persekutuan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment