Write For Us

Rampas 23 botol arak beracun

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
177 Views
Published
Sebanyak 23 botol arak dua jenama dirampas polis dari sebuah premis menjual minuman keras di Jalan Selingsing 4, Taman Sri Kuching.
Serbuan jam 11 pagi itu dilakukan susulan kematian empat indvidu di sekitar ibu kota akibat minum minuman keras jenama berkenaan pada 14 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, pihaknya turut menyerbu dua lagi premis masing-masing di Jinjang Utara dan Jalan Ipoh, namun tidak menemui dua jenama berkenaan.
Berdasarkan analisa yang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan terhadap dua jenama berkenaan mendapati ia mengandungi bahan kimia jenis metanol yang ia boleh mengancam nyawa manusia.
Beliau berkata, empat individu yang dipercayai meninggal dunia akibat minum kedua-dua jenama ini menunjukkan simptom yang hampir sama iaitu mengalami kekejangan, cirit-birit dan muntah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment