Write For Us

Rampasan terbesar dalam lima tahun

Sponsored Post Vitamin D2 Canada Persia
127 Views
Published
Rampasan 180,000 pil kuda bernilai lebih RM3 juta ketika serbuan di sebuah rumah di kawasan FELDA di Sungkai, Selasa lalu, adalah yang terbesar di Perak dalam tempoh lima tahun.



Pemangku Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan berkata, dalam serbuan jam 2 pagi oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim itu, selain pil kuda dianggar seberat 20 kilogram, polis turut menahan dua suspek berusia 35 tahun.



Menurutnya, kedua-dua suspek bukan peneroka Felda tetapi bekerja sebagai penyelia dan peniaga.



“Ini rampasan pil kuda terbesar di Perak sejak lima tahun lalu serta polis percaya ia membabitkan sindiket.



“Polis turut menemui dadah jenis Methamphetamine atau syabu dianggar seberat 8.70 gram dipercayai untuk kegunaan sendiri oleh suspek memandangkan kedua-duanya positif dadah jenis berkenaan.



"Nilai keseluruhan rampasan ialah RM3.6 juta mengikut harga pasaran jalanan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment