Write For Us

Ribuan redah hujan sambut Anwar, Zahid di Alor Setar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
9 Views
Published
Kira-kira 4,000 orang meredah hujan di Alor Setar, Kedah malam ini untuk melihat Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Himpunan Madani di negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi turut menghadiri perhimpunan itu bersama empat menteri lain iaitu Saifuddin Nasution Ismail, Salahuddin Ayub, Fahmi Fadzil dan Nga Kor Ming.

Selain ucapan daripaa pemimpin Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, acara turut menampilkan cabutan bertuah serta persembahan daripada penyanyi terkenal Siti Nurhaliza dan Amy Search.

Majlis anjuran sekretariat Pakatan Harapan (PH) dan PH negeri itu diadakan menjelang rumah terbuka Aidilfitri peringkat kebangsaan kerajaan pusat di bandar yang sama esok.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
kinitv, malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment