Write For Us

'Ribut itu takdir illahi' - Takiyuddin

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
107 Views
Published
Muktamar PAS tahun ini berjalan seperti dijadualkan walaupun berlaku ujian di kawasan Komplek PAS di Kota Sarang Semut, Alor Setar di Kedah malam tadi.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata apa yang berlaku adalah act of God (kehendak Tuhan).
Katanya walaupun berdukacita dengan insiden malam tadi, kepimpinan PAS mengambil keputusan meneruskan muktamar kali ke-63 itu seperti dijadualkan.
"Ini satu takdir Allah. Kalau mengikut bahasa undang-undang, act of God," katanya yang juga seorang peguam.
Takiyuddin membuat pengumuman itu di awal hari kedua muktamar PAS.
Dalam kejadian senja semalam, ribut melanda kawasan itu menyebabkan pelbagai kerosakan, terutama membabitkan khemah yang dibina di sekitar bangunan kompleks berkenaan.
Kata Takiyuddin, seramai 18 orang cedera termasuk peniaga, orang awam dan kakitangan PAS. Daripada jumlah itu 13 ditempatkan di hospital manakala selebihnya dirawat sebagai pesakit luar.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment