Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendakwa matawang Ringgit adalah yang paling teruk berbanding Singapura, Thailand, Filipina dan Korea Selatan jika dibandingkan dengan nilai pada tahun 2007 (iaitu nilai asal sebelum Dato’ Seri Najib menjadi Menteri Kewangan).
Naib Presiden PKR itu berkata sejak tahun 2008, nilai Ringgit telah susut 27.7% sedangkan nilai matawang naik 6.8%.
"Walaupun Thailand mengalami pelbagai kacau bilau sejak tahun 2008 (termasuklah tunjuk perasaan baju merah dan kuning), nilai Bath hampir tidak berubah sejak 2008 yang menunjukkan alasan kononnya semua matawang jatuh berbanding Dollar AS adalah tidak tepat.
"Lebih teruk lagi, kejatuhan nilai Ringgit sebenarnya jauh lebih cepat berbanding matawang lain sejak berita dana 1MDB masuk ke akaun peribadi Dato’ Seri Najib dilaporkan oleh Wall Street Journal. Kejatuhan Ringgit berbanding tahun 2015 (iaitu sebelum berita itu dilaporkan) adalah sebanyak 12.3% iaitu tertinggi berbanding matawang lain di rantau ini," katanya dalam sidang media yang dimuat naik di Facebooknya hari ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment