Write For Us

Riza Aziz cabar rampasan harta DOJ, dakwa diri tak salah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
140 Views
Published
Anak tiri Perdana Menteri, Riza Aziz memfailkan cabaran terhadap usaha kerajaan Amerika Syarikat merampas harta tanah yang didakwa dibeli dengan dana yang digelapkan daripada 1MDB.
The Hollywood Reporter melaporkan bahawa dalam kenyataannya minggu lalu, Riza mendakwa beliau "tidak bersalah" memiliki aset tersebut.
Peguam Riza, Matthew Schwartz, dalam menuntut saman sivil daripada Jabatan Keadilan AS (DOJ) digugurkan, berkata kerajaan Amerika Syarikat gagal memasukkan butiran penting mengenai jenayah yang sepatutnya.
Schwartz menegaskan kerajaan Amerika Syarikat gagal menunjukkan penglibatan khusus Riza dalam transaksi tersebut.
Peguam itu membandingkan kes 1MDB dengan rampasan memorabilia Michael Jackson oleh Amerika Syarikat daripada anak kepada presiden Equatorial Guinea.
Schwartz turut mempersoalkan siapa pegawai awam Malaysia yang melakukan penyelewengan, mengarahkan pembayaran dan bagaimana penipuan dilakukan.
Berikutan itu, Schwartz meminta hakim menolak aduan kerajaan Amerika Syarikat apabila mahkamah tidak mempersoalkan kesahihan dana asing yang lain.
Beliau memberi contoh bukti kerajaan Amerika Syarikat tidak mencukupi untuk mendakwa kesalahan terhadap Malaysia, bagi menyokong tuntutannya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment