Bagi tahun hadapan, Kerajaan akan melaksanakan Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) yang melibatkan penyediaan 500 ribu peluang pekerjaan baharu termasuk pelbagai program peningkatan kemahiran dan latihan semula melalui perbelanjaan Kerajaan sebanyak RM3.7 bilion.
Bagi menjayakan keempat-empat inisiatif PenjanaKerjaya ini, sejumlah RM 2 bilion diperuntukkan dan dijangka dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada 250 ribu pencari kerja.
Sukacita saya mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan pembentukan Majlis Pekerjaan Negara yang akan dipengerusikan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Majlis ini akan menyelaras pelbagai inisiatif merentas Kementerian dan agensi dalam mencipta peluang pekerjaan, peningkatan kemahiran dan latihan pekerja. Agensi LAKSANA akan bertanggungjawab untuk memantau keberkesanan segala inisiatif bagi memastikan rakyat Malaysia terus mendapat peluang pekerjaan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- kinitv
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment