Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mempertahankan keputusan mereka mengarahkan DAP melakukan pemilihan semula anggota jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC).
Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata keputusan berkenaan dibuat berdasarkan maklumat daripada aduan anggota DAP sendiri.
Mohammad Razin berkata memang wujud percanggahan di antara jumlah perwakilan yang layak mengundi dalam pemilihan parti pada 2012 dan pemilihan semula pada 2013.
ROS berpendapat pemilihan semula itu sepatutnya dijalankan dengan senarai digunakan pada 15 Disember 2012, membabitkan 2,576 perwakilan dari 865 cawangan.
DAP diberi tempoh 14 hari untuk menjawab arahan ROS itu dan kegagalan berbuat demikian membolehkan parti terbabit dikenakan tindakan mengikut Akta Pertubuhan 1966.
Malam tadi pula DAP menegaskan mereka menangguhkan pemilihan semula itu kerana mahu ROS menjelaskan lebih lanjut mengenai arahan yang dikeluarkan pada 7 Julai lalu.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, tindakan ROS itu dibuat berdasarkan "berita palsu".
Katanya, jumlah dirujuk ROS itu dibuat berdasarkan artikel "Laporan Equiti: Penipuan Pemilihan CEC" dibuat oleh seseorang dikenali sebagai "Father Augustus Chen".

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment