Write For Us

Rosmah, Rizal Mansor, Ku Nan bebas dengan jaminan RM 1juta seorang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
110 Views
Published
Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lepas.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM1 juta terhadap isteri bekas perdana menteri itu dengan RM500,000 perlu dibayar hari ini dan bakinya dilunaskan dalam tempoh tujuh hari.
Dalam kes yang sama bekas pegawai khas kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur, hari ini atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah untuk dirinya dan Datin Seri Rosmah Mansor berjumlah RM5.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak.
Bagaimanapun, Rizal, 44, mengaku tidak bersalah selepas kempat-empat pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rozina Ayob.
Sementara itu bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur atas dua pertuduhan menerima rasuah dan satu pertuduhan pilihan menerima rasuah berjumlah RM3 juta, berhubung pembelian tanah bagi pembinaan rumah mampu milik pada tahun 2013 dan 2016.
Mahkamah kemudian membenarkan Tengku Adnan dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM1 juta berserta dua penjamin.
Mahkamah diberitahu jumlah jaminan tersebut akan dibayar petang ini juga.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment