Write For Us

'Kasi sengat' bebas dengan jaminan polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
98 Views
Published
Selepas ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan, pelakon Sofi Jikan dibebaskan dengan jaminan polis.
Keterangan Sofi Jikan atau nama sebenarnya Mohamad Shoffi Jikan berhubung kes dadah diambil polis sejak Rabu lalu.
Pelakon yang terkenal dengan tagline 'kasi sengat' itu ditahan mengikuti Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Jika disabit bersalah, Sofi Jikan boleh dipenjara maksimum dua tahun atau sends maksimum RM5,000 atau kedua-duanya serta perintah pengawasan hingga tiga tahun.
Sebelum ini, pelakon yang popular dengan karakter antagonis itu ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara pada 11 malam sewaktu hadir untuk memberi keterangan selepas diadukan oleh Datuk Farid Kamil Zahari, 31 Jan lalu.
Laporan berkenaan menyebut Farid mendakwa tiga rakan artis mencampur minumannya dengan dadah.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment