Pelakon filem, Sofi Jikan, 47, ditahan reman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan selepas didapati positif dadah jenis ganja.
Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Hairol Azhar Mohd Ishak mengeluarkan perintah reman itu terhadap pelakon itu yangt terkenal dengan tagline 'kasi sengat'.
Sofi Jikan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Terdahulu, Sofi Jikan berpakaian baju lokap jingga tiba di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya pada 9.03 pagi sebelum dibawa masuk ke bilik reman pada 11.25 pagi, dan keluar diiringi anggota polis 30 minit kemudian.
Pelakon itu ditahan di Balai Polis Mutiara Damansara pada 11 malam tadi ketika hadir untuk memberi keterangan berhubung laporan polis yang dibuat pelakon Datuk Farid Kamil Zahari, 37, pada 31 Januari lalu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment