Write For Us

'Rumah saya RM8 juta nak seleweng duit PTPTN untuk apa'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Adun Ijok, Dr Idris Ahmad mendakwa beliau tidak perlu untuk menyelewengkan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) kerana jumlah pinjamannya 'bukanlah banyak sangat bagi dirinya.
Doktor pakar sakit puan itu berkata boleh mendapatkan jumlah pinjaman pendidikan yang didakwa hanya dengan menjalankan suatu operasi pembedahan sahaja.
"Tujuan utama saya ialah untuk memberitahu dunia yang saya tidak terlibat dalam skandal kotor ini. Kamu boleh menyemak sendiri, untuk mengambil wang daripada PTPTN yang bukanlah banyak sangat kepada saya.
"Hanya dengan menjalankan satu pembedahan, saya mungkin sudah boleh mendapatkan (jumlah itu)," katanya pada sidang akhbar pagi ini di kediamannya di Petaling Jaya.
Beliau juga berkata rumah banglo tempat tinggalnya selama 12 tahun, sebelum menjadi wakil rakyat, menelan belanja kira-kira RM8 juta.
Idris mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan tuduhan beliau menipu pinjaman PTPTN pelajar, yang menjadi tular di media sosial sekitar jam 3 petang semalam. Beliau telah membuat laporan polis.
Beliau juga mempersoalkan masa tuduhan itu dibuat bersamaan majlis istiadat angkat sumpah menteri besar baru Selangor hari ini.
Idris, salah satu daripada tiga calon menteri besar, mengakui peluangnya untuk menjadi menteri besar yang baru telah berakhir kerana beliau tidak dimaklumkan untuk hadir majlis istiadat angkat sumpah di Balairong Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment