Write For Us

Sabarlah Hasmah, Dr M pujuk isteri

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
95 Views
Published
Selepas luahan hati Tun Dr Siti Hasmah mengenai perasaan sedihnya apabila mendengar pengumuman Pakatan Harapan yang meletakkan suaminya sebagai calon Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat cuba memujuk hati isterinya itu.
Menerusi catatan terbaru di laman Facebook rasmi Mahathir, beliau menasihatkan Siti Hasmah supaya banyak bersabar kerana perjuangan belum selesai.
Dalam catatan ringkas itu juga, Mahathir menjelaskan perjuangan yang belum selesai itu ialah perjuangan untuk pulihkan Malaysia.
Dalam temu bual bersama akhbar berbahasa Cina, Oriental Daily News, Siti Hasmah berkata kesedihan dan tangisannya ketika pengumuman Mahathir menjadi calon Perdana Menteri itu tercetus kerana dia sedar suaminya bukan lagi berusia 56 tahun seperti detik beliau menjadi perdana menteri pada 1981.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment