Write For Us

Safwan Anang bebas

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
145 Views
Published
Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan bekas aktivis pelajar Muhammad Safwan Anang daripada tuduhan menghasut di mana beliau didakwa mengajak masyarakat umum menggulingkan kerajaan menerusi protes jalanan, 3 tahun lalu.
Hakim Datuk Prasad Sandosham Abraham ketika menyampaikan penghakiman berkata kenyataan itu tidak mempunyai kecenderungan menghasut.
Safwan didakwa membuat ucapan berunsur hasutan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor pada 13 Mei 2013, kerana menghasut orang ramai untuk menggulingkan kerajaan menerusi perhimpunan dan protes jalanan.
Ucapan itu dibuat seminggu selepas Pilihan Raya Umum ke-13, ketika protes berlaku di seluruh negara membantah BN yang dikatakan menang dalam pilihan raya tidak adil.
Pada 2014, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 10 bulan dan denda RM5,000 terhadapnya selepas didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.
Panel hakim Mahkamah Rayuan yang dianggotai Datuk Mohtaruddin Baki, Datuk Seri Zakaria Sam dan Prasad mendengar rayuan Safwan dan kerajaan pada Julai.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment