Write For Us

Sah! Zahid presiden Umno yang baru

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Akhirnya Umno mendapat nakhoda baru selepas kapal mereka berlabuh akibat dibadai pengundi pada pilihan raya umum (PRU) lalu.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sebelum ini dilihat bakal menjadi perdana menteri - sehinggalah BN kecundang di tangan Pakatan Harapan (HARAPAN) - dipilih majoriti anggota parti untuk menjadi presiden mereka.
Dua lagi calon utama yang bersaing untuk mengisi tempat ditinggalkan oleh Datuk Seri Najib Razak ialah anggota parlimen Rembau yang juga bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, serta veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.
Zahid mendapat 78 undi, Khairy 59 dan Tengku Razaleigh 28 undi.
Keputusan rasmi diumumkan oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment