Write For Us

Saifuddin: Elak rampasan kuasa melalui 'deep state'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
89 Views
Published
Menteri Luar Saifuddin Abdullah menegaskan bahawa kerajaan yang dipilih rakyat harus dipertahankan daripada "daulah terpendam" yang ingin menjatuhkannya melalui cara tidak demokratik.
Istileh deep state atau daulah terpendam merujuk kepada "negara dalam negara" yang memiliki agenda di luar kerangka politik nasional.
Beliau berkata demikian merujuk kenyataan Dr Mahathir Mohamad Jumaat lalu bahawa terdapat usaha agar Raja-raja Melayu menandatangani perintah menentangnya berikutan keputusan kerajaan untuk meratisikasi Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Menurut Saifuddin keadaan yang sama pernah terjadi di sebuah negara di Asia dan boleh berlaku di negara ini.
"Ada sebuah negara yang tidak pernah berlaku transisi demokratik, berlaku satu pilihan raya selepas kebangkitan rakyat, seorang presiden dipilih. Dan presiden itu dianggap the first elected democratically president and he formed the government (presiden pertama yang dipilih secara demokratik dan dia telah membentuk kerajaan).
"Dalam masa setahun seorang jeneral mengetuai satu rampasan kuasa dan menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.
"Kenyataan Dr M, kerisauan saya perkara sedemikian boleh berlaku di negara ini. Kita mesti elakkan perkara ini berlaku. Kita harus mempertahankan kebangkitan rakyat dan pilihan raya rakyat," katanya dalam satu wawancara dengan Malaysiakini.
Saifuddin berkata peralihan kuasa dalam mana-mana negara adalah lumrah tetapi mesti dilakukan dalam proses demokrasi.
"Yang harus dielakkan adalah rampasan kuasa atau coup d'etrat oleh deep state atau apparatus yang tidak demokratik," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment