Write For Us

Sampah tidak terurus celakan pasar

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Sayur-sayuran bertaburan, lantai basah, kehadiran tikus dan longgokan sampah antara pandangan menjengkelkan pengunjung Pasar Awam Pudu di ibu negara, saban hari terutama pada hujung minggu.
Bagaimanapun, keadaan itu tidak menghalang orang ramai terus mengunjungi pasar basah kerana di situ luas, serba lengkap, banyak pilihan dan dibuka hingga jam dua petang.
Keadaan itu seakan mengiyakan kenyataan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin yang mengatakan, kebersihan pasar di negara ini hanya berada pada tahap 40 peratus, selain masalah sikap menyumbang permasalahan itu, memerlukan perubahan dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara bersih.
Bagi Rafeah Mohamad, ibu kepada tiga cahaya mata, keadaan pasar yang kotor mencalarkan imej bandar raya dan ia seakan tidak pernah berubah sejak dulu lagi.
Sementara itu, peniaga rempah yang mahu dikenali Ali Majid, 32, berkata keadaan pasar basah seakan tiada perubahan sejak 20 tahun lalu, berikutan sikap tidak bertanggungjawab peniaga yang hanya mahu menyenangkan kerjanya tanpa memikirkan menjaga kebersihan bersama.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment